Thursday, 7 December 2017

Peter Pan Collar

Assalamualaikum..lama tak update blog ni. Jadi hari ni nak bercerita macam mana nak jahit peter pan collar ni. Kolar ni sesuai sangat untuk baju budak-budak. Comel dan cantik. Untuk dewasa pun boleh, tak ada masalah. Jadi untuk gown Safya kali ni saya padankan dengan kolar ni.



Untuk gown Safya kali ni tak guna opening zip atau butang. Gown ni longgar jadi boleh pakai camtu je. Tambah tali untuk kita ikat reben, jadi tak la nampak besar gown tu.


Gambar di atas tu adalah untuk patternya. Besar kolar tu terpulang pada citarasa masing-masing, sebab tu pada gambar di atas dia tak bagitau berapa ukurannya.


Ini pattern dah siap.


Gambar di atas adalah kolar yang sudah dipotong dan dicantum. Dekat sini saya gunakan 2 warna yang berlainan untuk kelainan dalam fesyen sahaja. Bukan wajib ye kena guna 2 warna.


Bila dah siap jahit tu, gunting sikit bahagian tepinya seperti dalam gambar untuk memudahkan proses bila nak terbalikan nanti dan memberi kemasan yang cantik.


Untuk bahagian bucu belakang gunting sedikit macam dalam gambar di atas. 


Bila dah diterbalikan dan iron supaya kemas, macam tu la hasilnya.


Ini bahagian belakang gown.



Opening yang digunakan untuk gown Safya kali ini.


Selepas itu boleh la kita pinkan kolar pada bahagian baju. Pastikan bahagian tengah tu berada di tengah gown, nanti senget pulak dah tak cantik, melainkan memang rekannya nak begitu. hehehe.


Selepas itu jahit dan iron kemaskan.




Untuk finishing di dalamnya saya gunakan bias tape. Jelujur dulu sebelum jahit untuk lebih kemas. 


Dah siap. Bahagian belakang saya jahitkan hook and eye.




Bahagian belakang.


Kolar ada 2 warna di situ. Sebelum lupa, masa buat kolar ni saya tak gunakan kertas gam atau interfacing. Untuk lebih cantik kena guna sebenarnya. Jadi gunakanlah.



Okay siap sudah proses menjahit peter pan collar. Segala salah silap harap ampun dalam tutorial yang carca marba ni. Sekian, terima kasih.















Tuesday, 21 November 2017

2 menjadi 1

Assalamualaikum...
kali ni post tak ada tutorial, cuma nak cerita sikit camna kain lama-lama yang dah tak muat, buat alteration dan boleh pakai.


bahagian belakang


bahagian tepi


bahagian depan

Alkisahnya dua kain ni adalah kain zaman muda dulu, saiz kecik lagi. Sekarang dah besar sikit dan tak boleh dipakai, tapi disebabkan sayang kainnya masih elok lagi maka digabungkan la dua kain ni. Asalnya dua kain ni, kain kipas belakang. Bahagian kipasnya tak digunakan sebab dicamtunkan 2 kain ni dah cukup besar. Saya pakai kat rumah je kain ni tapi kalo kreatif boleh dipakai jalan-jalan. Yang ni pun boleh dipakai keluar dengan gaya boho. Apa itu boho sila google hehehe..Pinggang saya guna getah sepenuhnya untuk keselesaan perut saya. Okay, setakay sini dulu, segala kekurangan harap dimaafkan.
Assalamualaikum..

Sunday, 19 November 2017

Cuff 3 inci

Asslamualaikum..hari ni saya nak post tutorial menjahit lengan cuff 3 inci. Lebar cuff ada macam-macam, setengah inci, 1 inci, 1 setengah inci dan lain-lain, bergantung pada citarasa masing-masing.


Gambar di atas contoh cuff yang lebarnya 3 inci.


Untuk yang ini pula, 3 inci jugak dengan dihiasi lace. Jom kita mula tutorial.



Mula-mula kita lakar pattern cuff atas pengeras macam gambar di atas. Saya terus lukis atas pengeras je. Lepas tu gunting kan dia. Disebabkan lebarnya besar maka luas hujung lengan dengan atas berbeza, kalau tak nanti bahagian atas ketat dan susah nak bergerak. Kalau tak berapa faham cuba buat eksperiment, buat sama besar, nanti tau la camna rasanya..hehehe.. Saya buat luas hujung lengan 7 inci, yang bahagian atas 8 inci, masing-masing ditambah setengah inci untuk letak butang nanti.




Lepas tu iron pada kain yg nak dibuat cuff. Study betul-betul gambar di atas untuk kefahaman.




Gambar di atas adalah proses-prosesnya... Jahit kiri kanan dan terbalikkan dan iron.


Ini pulak bahagian lengan yang nak kita sambungkan dengan cuff nanti. Sudah jahit, iron siap-siap.


Ini pula kita jahit pada bahagian bawah bukaan lengan. Kalau tak, lengan tak lepas masuk nanti.


Lepas tu kita jahit pada hujung lengan dengan mata jahitan paling besar. Tujuannya nanti kita nak tarik benangnya dan kedut-kedutkan supaya dia muat dengan cuff nanti.



Lepas tu pinkan dengan cuff tadi, bagi dia muat-muat dengan cuff. Bahagian cuff yang kita tambah setengah inci tadi untuk butang, biarkan kosong(harap-harap faham la sambil tengok gambar kat atas). Mula-mula jahit bahagian dalam, lepas tu keluarkan cuff dan jahit bahagian luar.





Gambar di atas adalah cuff yang dah siap. Siap dipasang butang.Yang kita lebihkan setengah inci tu sebab nak letak butang tu la dan dia adalah bahagian belakang lengan. Study betul-betul dah harap-harapnya faham ye..segala kekurangan harap dimaafkan..
Assalamualaikum...












Saturday, 14 October 2017

Blouse Empire Line Peplum

Assalamualaikum..sempena dengan tajuk di atas jadinya hari ini tulis tentang blouse peplum.


Pelanggan ni nak empire line, bermakna potongan atas pada pinggang, bawah dada sedikit. Nama dalam bahasa melayunya tak la berapa pasti pulak. Dulu-dulu belajar panggil empire line. Tak kisah la empire line ke, kat pinggang ke, tapi teknik potong dan jahit peplum tu sama saja.




Ini la pattern peplum macam gambar kat atas. Nama omputehnya circular skirt, tapi tekniknya sama la macam peplum. Dalam gambar kat atas tu kain dilipat dua ye. Study betul-betul ye gambar tu...haha



Ini la lakarannya sebelum potong kain. Kali ni kainnya jenis lycra.


Ini la pattern peplum yang dilukis atas surat khabar, jimat kos. Kain tu dilipat 2, pastu lipat lagi. Potong untuk bahagian depan dan belakang sekali.




Bila di buka dan bentang, dapat la camni. Yang bahagian atas lengkun kecil tu la yang akan disambung ke bahagian pinggang baju. Jadi ukuran bahagian tu kena la sama dengan ukuran pinggang bahagian baju. Ini bahagian depan. Depan dan belakang sama je bentuknya.


Ini bahagian badan atas. Sekali lagi pattern lukis atas surat khabar je.


Ini bahagian lengan.



Dah siap potong, jahit zip untuk opening. Selalunya untuk lycra saya tak letak zip, tapi bahagian leher kena besarkan la untuk muat kepala bila nak pakai. Untuk pelanggan saya kali ni dia tak suka leher besar, nak muat2 je, jadi saya kena isi zip.


Banyak teknik-teknik untuk jahit finishing leher ni, kalau nak tahu caranya baca entry saya sebelum ni, dah ada tunjuk. Dah siap bahagian leher cantum bahu dan bahagian tepi baju. Dah siap bolehla dicantumkan dengan bahagian peplum tadi setelah peplum dicantum bahagian kiri dan kanan. Yang saya buat kali ni saya tak pisahkan depan belakang jadi saya terus je cantum ke bahagian badan atas. Bila dah siap boleh la cantum bahagian lengan dan buat finishing untuk hujung baju dan lengan. Finishingnya saya cuma jahit tepi halus macam kat tudung tu.(sorry tak ada gambar, mak cik leka sangat menjahit, bila dah siap baru teringat hehehe). Lain kali kalau buat peplum lagi kita post lagi kat blog hehehe.. Mintak maaf banyak-banyak segala lintang pukang bahasa dan tatabahasa dalam entry ni...hahaha. ok, sampai sini dulu..assalamualaikum





Peter Pan Collar

Assalamualaikum..lama tak update blog ni. Jadi hari ni nak bercerita macam mana nak jahit peter pan collar ni. Kolar ni sesuai sangat untuk...