Tuesday, 21 November 2017

2 menjadi 1

Assalamualaikum...
kali post tak ada tutorial, cuma nak cerita sikit camna kain lama-lama yang dah tak muat, buat alteration dan boleh pakai.


bahagian belakang


bahagian tepi


bahagian depan

Alkisahnya dua kain ni adalah kain zaman muda dulu. saiz kecik lagi. Sekarang dah besar sikit dan tak boleh dipakai, tapi disebabkan sayang kainnya masih elok lagi maka digabungkan la dua kain ni. Asalnya dua kain ni, kain kipas belakang. Bahagian kipasnya tak digunakan sebab dicamtunkan 2 kain ni dah cukup besar. Saya pakai kat rumah je kain ni tapi kalo kreatif boleh dipakai jalan-jalan. Yang ni pun boleh dipakai keluar dengan gaya boho. Apa itu boho sila google hehehe..Pinggang saya guna getah sepenuhnya untuk keselesaan perut saya. Okay, setakay sini dulu, segala kekurangan harap dimaafkan.
Assalamualaikum..

Sunday, 19 November 2017

Cuff 3 inci

Asslamualaikum..hari ni saya nak post tutorial menjahit lengan cuff 3 inci. Lebar cuff ada macam-macam, setengah inci, 1 inci, 1 setengah inci dan lain-lain, bergantung pada citarasa masing-masing.


Gambar di atas contoh cuff yang lebarnya 3 inci.


Untuk yang ini pula, 3 inci jugak dengan dihiasi lace. Jom kita mula tutorial.



Mula-mula kita lakar pattern cuff atas pengeras macam gambar di atas. Saya terus lukis atas pengeras je. Lepas tu gunting kan dia. Disebabkan lebarnya besar maka luas hujung lengan dengan atas berbeza, kalau tak nanti bahagian atas ketat dan susah nak bergerak. Kalau tak berapa faham cuba buat eksperiment, buat sama besar, nanti tau la camna rasanya..hehehe.. Saya buat luas hujung lengan 7 inci, yang bahagian atas 8 inci, masing-masing ditambah setengah inci untuk letak butang nanti.




Lepas tu iron pada kain yg nak dibuat cuff. Study betul-betul gambar di atas untuk kefahaman.




Gambar di atas adalah proses-prosesnya... Jahit kiri kanan dan terbalikkan dan iron.


Ini pulak bahagian lengan yang nak kita sambungkan dengan cuff nanti. Sudah jahit, iron siap-siap.


Ini pula kita jahit pada bahagian bawah bukaan lengan. Kalau tak, lengan tak lepas masuk nanti.


Lepas tu kita jahit pada hujung lengan dengan mata jahitan paling besar. Tujuannya nanti kita nak tarik benangnya dan kedut-kedutkan supaya dia muat dengan cuff nanti.



Lepas tu pinkan dengan cuff tadi, bagi dia muat-muat dengan cuff. Bahagian cuff yang kita tambah setengah inci tadi untuk butang, biarkan kosong(harap-harap faham la sambil tengok gambar kat atas). Mula-mula jahit bahagian dalam, lepas tu keluarkan cuff dan jahit bahagian luar.





Gambar di atas adalah cuff yang dah siap. Siap dipasang butang.Yang kita lebihkan setengah inci tu sebab nak letak butang tu la dan dia adalah bahagian belakang lengan. Study betul-betul dah harap-harapnya faham ye..segala kekurangan harap dimaafkan..
Assalamualaikum...












Saturday, 14 October 2017

Blouse Empire Line Peplum

Assalamualaikum..sempena dengan tajuk di atas jadinya hari ini tulis tentang blouse peplum.


Pelanggan ni nak empire line, bermakna potongan atas pada pinggang, bawah dada sedikit. Nama dalam bahasa melayunya tak la berapa pasti pulak. Dulu-dulu belajar panggil empire line. Tak kisah la empire line ke, kat pinggang ke, tapi teknik potong dan jahit peplum tu sama saja.




Ini la pattern peplum macam gambar kat atas. Nama omputehnya circular skirt, tapi tekniknya sama la macam peplum. Dalam gambar kat atas tu kain dilipat dua ye. Study betul-betul ye gambar tu...haha



Ini la lakarannya sebelum potong kain. Kali ni kainnya jenis lycra.


Ini la pattern peplum yang dilukis atas surat khabar, jimat kos. Kain tu dilipat 2, pastu lipat lagi. Potong untuk bahagian depan dan belakang sekali.




Bila di buka dan bentang, dapat la camni. Yang bahagian atas lengkun kecil tu la yang akan disambung ke bahagian pinggang baju. Jadi ukuran bahagian tu kena la sama dengan ukuran pinggang bahagian baju. Ini bahagian depan. Depan dan belakang sama je bentuknya.


Ini bahagian badan atas. Sekali lagi pattern lukis atas surat khabar je.


Ini bahagian lengan.



Dah siap potong, jahit zip untuk opening. Selalunya untuk lycra saya tak letak zip, tapi bahagian leher kena besarkan la untuk muat kepala bila nak pakai. Untuk pelanggan saya kali ni dia tak suka leher besar, nak muat2 je, jadi saya kena isi zip.


Banyak teknik-teknik untuk jahit finishing leher ni, kalau nak tahu caranya baca entry saya sebelum ni, dah ada tunjuk. Dah siap bahagian leher cantum bahu dan bahagian tepi baju. Dah siap bolehla dicantumkan dengan bahagian peplum tadi setelah peplum dicantum bahagian kiri dan kanan. Yang saya buat kali ni saya tak pisahkan depan belakang jadi saya terus je cantum ke bahagian badan atas. Bila dah siap boleh la cantum bahagian lengan dan buat finishing untuk hujung baju dan lengan. Finishingnya saya cuma jahit tepi halus macam kat tudung tu.(sorry tak ada gambar, mak cik leka sangat menjahit, bila dah siap baru teringat hehehe). Lain kali kalau buat peplum lagi kita post lagi kat blog hehehe.. Mintak maaf banyak-banyak segala lintang pukang bahasa dan tatabahasa dalam entry ni...hahaha. ok, sampai sini dulu..assalamualaikum





Saturday, 9 September 2017

Blouse biru

Assalamualikum... hari ni tutorial blouse biru yang simple je. Senang dipakai dan muat untuk beberapa saiz badan..hihihi


Blouse ni openingnya zip sorok di bahagian depan. Jadi tak payahlah nak zip belakang. Kesimpulannya senang dipakai.



Mula-mula dah ada pattern, potonglah kainnya. Patternnya pun tak rumit..cuba upload lakaran patternya tapi tak berjaya..huhuhu. Cub lain kalilah. Dah siap potong, jahit tepi, bolehlah mula proses menjahitnya.


Zip sorok diletakkan di bahagian depan, jadinya sediakan juga kain pelapik untuk zip sorok. Macam gambar kat atas. Panjang zip ikut selera masing-masing. Saya guna yang 8 inci. Kain pelapik tu pulak dah siap di lekatkan(di iron bersama) bersama interfacing dan jahit tepi.


Makanya cantumlah bahagian depan blouse yg nak diletakkan zip tadi(di bahagian tengah baju) dengan kain pelapik seperti di atas.


Kemudian gunting sikit di tengahnya supaya senang nak diterbalikan ke dalam nanti.


Sebelum diterbalikan ke bahagian dalam, jahit stay stitch di atasnya dan terbalikan dan iron.




Gambar di atas bila dah siap.


Ini gambaran dari bahagian luar blouse.


Ini pulak untuk finishing leher. Kain dijahit potongan serong(sila google apa itu potongan serong atau bias cutting)...hehehe


Ini dah jahit, potong jadi macam tali.


Berbalik pada pelapik zip yg dah siap tadi, bolehlah jahit zip sorok di atasnya. Pinkan zip dekat pelapik dah jahit untuk hasil yang cantik. Saya terus jahit je..Mula-mula jahit zip ni dulu, siap jelujur lagi supaya cantik dan sama..hehehee..jadi gunalah teknik yang anda selesa untuk hasil yang baik.




Dah siap jahit zip, sambung bahagian bahu. Kemudian jahit kain untuk finishing leher tadi dekat bahagian leher macam gambar kat atas.


Jahit stay stitch.


Jahit bahagian sedikit. Gunting dan kemaskan lebihan kain supaya senang nak jahit di dalamnya.


Ini hasilnya bila dah siap.


Kemudian camtum bahagian tepi dan iron. Jahit bahagian bawah blouse. Seam dalam setengah inci.


Ini bila dah siap, tinggal nak cantum bahagian lengan saja. Bila dah cantum bahagian lengan, maka siaplah. Okay, sampai sini dulu tutorial yang kelam kabut dan bersepah ni...kelam kabut nak balik kampung hehhe..okay tak faham boleh tanya..byeeee

Friday, 18 August 2017

Skirt for Aisyah Safya

Assalamualaikum..kali ni buat tutorial skirt. Skirt untuk sikecik Safya. Memandangkan Safya kecik dan comel, jadi kain perca lebih buat kemeja pun dah cukup nak buat skirtnya. Skirt yg simple je. Tak guna pattern pun.


Potong kain bentuk segiempat macam gambar dibawah. Kain yang kecil dan panjang tu untuk reben dia, penambh seri la kononnya..


Siap jahit tepi, boleh la mula jahit bahagian tepi kain...


Saya buat macam kain batik, penyambungnya hanya sebelah, tidak kiri dan kanan macam kain biasa buat sebelum ni sebab kain tu cukup untuk tu aje hehehe



Basi kain pun jahit ikut cukup je..kalo kain x besar, setengah inci pun ok.



Bila dah siap jahit bahagian tepi dan iron, jahit pula bahagian bawh kain. Basi setengah inci.


Kemudian jahit untuk bahagian pinggang pula. Saya guna getah supaya senang Safya nak pakai dan boleh pakai lama sebab Safya cepat membesar dengan jayanya..



Ini hasilnya bila dah siap. Jangan lupa jahit di bahagian tengah pinggang getah supaya getah x bergerak..guna mata jahitan yg besar utuk jahit bahagian tu.



Gambar di atas untuk rebennya. Ikut selera masing-masing nak besar mana. Panjannya cukup untuk ikat reben la. Cantumkan dan letak la kat pinggang. Dekat mana nak letak reben tu ikut selera masing-masing. Saya suka bahagian belakang tapi Safya nanti suka hati  dia nak pakai mana. Kat tepi pun boleh jadi..



Ini rupanya bila dah siap...selamat mencuba dan semoga berjaya hehehe..


2 menjadi 1

Assalamualaikum... kali post tak ada tutorial, cuma nak cerita sikit camna kain lama-lama yang dah tak muat, buat alteration dan boleh pa...