Friday, 18 August 2017

Skirt for Aisyah Safya

Assalamualaikum..kali ni buat tutorial skirt. Skirt untuk sikecik Safya. Memandangkan Safya kecik dan comel, jadi kain perca lebih buat kemeja pun dah cukup nak buat skirtnya. Skirt yg simple je. Tak guna pattern pun.


Potong kain bentuk segiempat macam gambar dibawah. Kain yang kecil dan panjang tu untuk reben dia, penambh seri la kononnya..


Siap jahit tepi, boleh la mula jahit bahagian tepi kain...


Saya buat macam kain batik, penyambungnya hanya sebelah, tidak kiri dan kanan macam kain biasa buat sebelum ni sebab kain tu cukup untuk tu aje hehehe



Basi kain pun jahit ikut cukup je..kalo kain x besar, setengah inci pun ok.



Bila dah siap jahit bahagian tepi dan iron, jahit pula bahagian bawh kain. Basi setengah inci.


Kemudian jahit untuk bahagian pinggang pula. Saya guna getah supaya senang Safya nak pakai dan boleh pakai lama sebab Safya cepat membesar dengan jayanya..



Ini hasilnya bila dah siap. Jangan lupa jahit di bahagian tengah pinggang getah supaya getah x bergerak..guna mata jahitan yg besar utuk jahit bahagian tu.



Gambar di atas untuk rebennya. Ikut selera masing-masing nak besar mana. Panjannya cukup untuk ikat reben la. Cantumkan dan letak la kat pinggang. Dekat mana nak letak reben tu ikut selera masing-masing. Saya suka bahagian belakang tapi Safya nanti suka hati  dia nak pakai mana. Kat tepi pun boleh jadi..



Ini rupanya bila dah siap...selamat mencuba dan semoga berjaya hehehe..


Thursday, 10 August 2017

Dress untuk Aisyah Safya

Asslamualaikum..kali ni nak cerita proses menyiapkan dress untuk si kecik aisyah safya. Saya tak menggunakan pattern sebab fesyennya simple je...kain pun dari kain perca..hihihi..saya terus lukis atas kain. Untuk rujukan pattern boleh cari dalam buku ni.  Tak rugi beli buku ni. Banyak ilmu boleh dapat.


Mungkin lain kali saya akan upload patternnya. Okay, step pertama saya potong dressnya.


Pin sekeliling kain lace supaya ia x bergerak dan memudahkan proses jahitan.


Untuk dress kali ni saya menggunakan zip sorok di bahagian belakang baju sebagai opening. Kalau tak buat opening nanti Safya tak boleh pakai, kepala besar hihihi. Panjang zip 8 inci. Sediakan kain pelapik dan interfacing macam dalam gambar di atas.


Selepas itu iron kain pelapik dengan interfacing dan jahit tepi. Kemudian letakkan pelapik tadi di atas dress yg nak diletakan zip dan pin.


Kemudian jahit la..



Bila dah siap cantum dan jahit bahagian tadi, di hujungnya guntingkan sikit supaya senang bila nak terbalikkan nanti macam dalam gambar di atas.


Kemudian jahit stay stitch di bahagian luarnya.


Ini bila dah siap iron bahagian belakang dress.


Selepas tu boleh la letak zip. Pin dulu dan jahit. Saya tak pin terus je jahit. Zip tu dijahit pada pelapik tau bukan pada badan baju.


Bila zip dah siap dijahit dan iron.


Kemudia cantum bahagian bahu depan dan belakang dan iron. 


Kemudian jahit finishing untuk bahagian leher. Banyak jenis finishing tapi kali ni saya guna bias tape je. 


Jahit keliling leher.


Bila dah siap jahit kelilingnya, jahit stay stitch macam dalam gambar.


Trim bahagian dalam supaya tidak tebal dan memudahkan proses jahit nanti.



Kemudaian tindih sedikit di hujung zip seperti dalam gambar. tTindih kedua-dua bahagian zip.


Bila dah siap jahit tindih, terbalikkan supaya jadi macam dalam gambar.


Kemudian jahit lah bahagian dalamnya.


Ini bila dah siap dan dah iron.


Kemudian cantum bahagian tepi baju dan iron.




Untuk bahagian ketiak juga menggunakan proses yg sama cuma beza sikit je sebab lengan tak ada zip. Dress ni sleeveless sebab kain tak cukup..hihihi.Kemudian jahit finishing hujung dress dan siap. Iron cantik-cantik.


Inilah hasilnya. Semoga tutorial ni membantu, maklumlah first time buat tutorial dan blog walaupun blog ni dah lama wujud. Memang lemah sikit bab karang mengarang ni. Okay, setakat ni dulu. Asslamualaikum.

Skirt for Aisyah Safya

Assalamualaikum..kali ni buat tutorial skirt. Skirt untuk sikecik Safya. Memandangkan Safya kecik dan comel, jadi kain perca lebih buat keme...