Wednesday, 11 April 2018

Kurung riau, lengan cuff dihiasi reben yang comel

Assalamualaikum...hiiiiii
Hari ni post nak cerita sikit je pasal baju raya diri sendiri. Walaupun akak tukang jahit, tapi tak pernah pakai kurung riau. Jadi untuk raya pada tahun ni nak cuba la pakai kurung riau ni. Masa study dulu ada belajar asal usul kurung riau ni tapi lain kali je la ye saya cerita. Kelainan pada kurung riau saya ni, lengannya saya buat cuff dan letak reben, untuk menambah kecomelannya hehehe..


Gambar kat atas tu pattern riaunya...masa buat tu rasa dah cukup kembang, bila siap bajunya boleh la. Lain kali kalau nak buat riau lagi nak buat lagi kembang hahaha..Kembang bahagian bawah tu ikut citarasa masing-masing lah, tapi riau asal memang kembang.



haaa..itu bila dah siap. Sekarang banyak kain corak di bahagian bawah. Pening bila ramai customer banyak hantar kain macam ni, bukan apa kebanyakkannya beli yang dah siap potong. Bila kena dengan saiz besar, 4 meter tu dah tak berapa nak ok. Pening kepala tukang jahit. Sebab itu saya pernah jumpa makcik pakai baju kurung sebelah lengan bercorak, sebelah lengan kosong, tau dah sebab apa tu hihihi.. Kalau boleh saya tak nak la costomer saya pakai macam tu tapi kadang-kadang tak boleh buat apa dah. Jadinya kalau beli kain ada corak macam tu belilah yg masih belum dipotong-potong, tapi kalau tak kisah lengan lain sebelah tak da hal..




Jadi inilah rebennya. Buat panjang sikit, bukan apa bila raya sibuk sikit kat dapur. Bila ada kerja kat dapur lilit banyak sikit supaya senang nak basuh pinggan. Tak faham tak pe, tak yah faham hahaha...




Cuff tu tingginya dalam 2 inci. Tali reben dalam 1 inci setengah.



Walaupun tak berapa nampak dalam gambar di atas tapi nak bagitau leher tu ditikam dengan jahitan kerang. Sekian cerita kali ni tentang baju raya tukang jahit yang alhamdullillah dah siap..hehehe..(tukang jahit yg satu lagi jahitkan bukan saya hihihi).


Friday, 16 March 2018

Kurung moden kepada dress

Tak tahu nak letak tajuk apa, tapi rasanya sesuailah tajuk tu untuk entry kali ni. Alkisahnya saya ada kurung moden lace yang tak boleh dipakai lagi kerana saiz badan yang mengembang hehehe...tapi sayang la pulak bila dah tak boleh pakai. Jadi saya berusaha mencari-cari idea macammana nak alter kurung moden tu supaya boleh di pakai. Jadi saya pun buat la beberapa sketch.




Antara beberapa sketch yang saya buat.


Ini adalah baju asalnya. Saya terfikir nak jadikannya kepada dress.


Ini setelah saya tetas semuanya. Saya beli kain tambahan lain. Saya nak gabungkannya dengan warna pink.




Hasil separuh siap. Bahagian lengan dihasilkan begitu kerana ukuran yang dahulu kecik, sekarang besar sikit hehehe jadi saya designkan jadi begitu. Bahagian pinggang saya buat box pleat(kalau tak salah namanya, sebab pleat pun banyak jenis). Dress ni belum siap lagi, banyak lagi yang nak ditambah. Saya akan post lagi bila dress ni dah siap sepenuhnya jadi tungguuuuu....hihihi...
Okay sampai sini dulu..ni pun terajin post 2 kali hari ni.. Assalamualaikum...



Cara Menjahit Penampal Pada Kain Kipas Belakang

Assalamualaikum....lama dah tak post sebab sibuk sikit...kali ni nak cerita macam mana nak jahit penampal pada kain kipas belakang, contohnya pada gambar di bawah ni.




Mula-mula saya lukis dahulu atas interfacing atau kertas gam supaya senang untuk dibentuk dan dijahit nanti. Panjangnya bergantung pada susun kain yang anda semua buat la. Dalam gambar kat atas saya buat panjangnya dalam 5 inci.



Ukuran panjang 5 inci dan tingginya 1 inci.


Lepas tu iron pada kain yang nak dibuat tampal tu macam gambar di atas.


Lepas tu saya jelujur kasar kelilingnya supaya senang nak dijahit nanti, dan bentuknya juga jadi cantik.


Hasil rupa bentuk dari bahagian luar.


Selepas itu pin lah ke atas susun kain yang sudah siap di pin dengan kemas dan cantik. Kalau nak lagi yakin dan kemas, lepas pin jelujur kasar supaya penampal tidak lari dan terletak cantik. Kemudian cabut pin dan jahit. Selepas tu kemaskan dengan tetas jelujur-jelujur tadi dan iron. Sekianlah dulu cara-cara menjahit penampal untuk kain susun belakang. Sesetengah orang tak buat pun penampal ni, diaorang jahit terus atas susun, tapi pelanggan-pelanggan saya memang nak isi penampal ni, lebih kukuh katanya. Sekian, wasslam....















Friday, 5 January 2018

Drawing

Assalamualaikum...Entry yang ini nak cerita hobi saya sejak dari kecik lagi iaitu melukis. Saya suka sangat melukis tapi saya lemah dalam melukis binatang dan pemandangan. lagi-lagi kalau menggunakan water colour. Saya lebih kepada potret, figura dan corak-corak yang merapu hihihi..




Inilah corak merapu menggunakan pen sebagai media.


Hwang Chansung by me...pencil drawing


Again Hwang Chansung...



Love his side profile...


hyun joong


Choi Siwon


Pen drawing

Okey yang lain-lain kita sambung lain kali...bye..







Thursday, 21 December 2017

Cara-cara menjahit getah di hujung lengan

Assalamualaikum..hari ni nak cerita macammana nak jahit getah di hujung lengan seperti gambar di bawah.





Bila isi getah pada hujung lengan ni ianya salah satu cara nak mencantikkan lengan tu, fesyen katakan. Memudahkan bila nak air sembahyang pun ye juga. 


Mula-mula bila kita dah cantum lengan, iron bagi kemas dan cantik macam gambar kat atas.


Di atas adalah getah yang saya selalu guna bila nak letak di hujung lengan. Taka besar sangat dan tak la kecik sangat. Lebih kurang dalam suku inci.


Mula-mula kita pinkan getah pada hujung lengan seperti gambar di atas. Gambar tu dari bahagian dalam ye. Basi yang selalu saya buat dalam setengah inci.


Selepas itu kita jahit lah dia. Pinkan getah tu supaya dia tak bergerak.


Bila tinggal sikit lagi nak siap, cabut pin dan cantumkan getah macam dalam gambar. Selepas itu jahit sambung jahit balik lengan tadi. Jahit tu betul-betul ikut besar getah tu ye supaya nanti getah tu tak pusing-pusing bila pakai. Bila dah siap jahit tu maka siaplah lengan kita. Prosesnya tak ada lah susah sangat. Selamat mencuba.






Thursday, 7 December 2017

Peter Pan Collar

Assalamualaikum..lama tak update blog ni. Jadi hari ni nak bercerita macam mana nak jahit peter pan collar ni. Kolar ni sesuai sangat untuk baju budak-budak. Comel dan cantik. Untuk dewasa pun boleh, tak ada masalah. Jadi untuk gown Safya kali ni saya padankan dengan kolar ni.



Untuk gown Safya kali ni tak guna opening zip atau butang. Gown ni longgar jadi boleh pakai camtu je. Tambah tali untuk kita ikat reben, jadi tak la nampak besar gown tu.


Gambar di atas tu adalah untuk patternya. Besar kolar tu terpulang pada citarasa masing-masing, sebab tu pada gambar di atas dia tak bagitau berapa ukurannya.


Ini pattern dah siap.


Gambar di atas adalah kolar yang sudah dipotong dan dicantum. Dekat sini saya gunakan 2 warna yang berlainan untuk kelainan dalam fesyen sahaja. Bukan wajib ye kena guna 2 warna.


Bila dah siap jahit tu, gunting sikit bahagian tepinya seperti dalam gambar untuk memudahkan proses bila nak terbalikan nanti dan memberi kemasan yang cantik.


Untuk bahagian bucu belakang gunting sedikit macam dalam gambar di atas. 


Bila dah diterbalikan dan iron supaya kemas, macam tu la hasilnya.


Ini bahagian belakang gown.



Opening yang digunakan untuk gown Safya kali ini.


Selepas itu boleh la kita pinkan kolar pada bahagian baju. Pastikan bahagian tengah tu berada di tengah gown, nanti senget pulak dah tak cantik, melainkan memang rekannya nak begitu. hehehe.


Selepas itu jahit dan iron kemaskan.




Untuk finishing di dalamnya saya gunakan bias tape. Jelujur dulu sebelum jahit untuk lebih kemas. 


Dah siap. Bahagian belakang saya jahitkan hook and eye.




Bahagian belakang.


Kolar ada 2 warna di situ. Sebelum lupa, masa buat kolar ni saya tak gunakan kertas gam atau interfacing. Untuk lebih cantik kena guna sebenarnya. Jadi gunakanlah.



Okay siap sudah proses menjahit peter pan collar. Segala salah silap harap ampun dalam tutorial yang carca marba ni. Sekian, terima kasih.















Kurung riau, lengan cuff dihiasi reben yang comel

Assalamualaikum...hiiiiii Hari ni post nak cerita sikit je pasal baju raya diri sendiri. Walaupun akak tukang jahit, tapi tak pernah paka...